SHAH ALAM - Dexter Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'dexzero S90' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.
Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di Malaysia pada November lalu oleh pemain terkemuka dari Malaysia,Syafiq Rahim.
Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Dexter Malaysia, Muhammad Faizul berkata, kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.
"miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi," katanya selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini semalam.
Faizul berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.
Beliau berkata, peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain keluaran Dexter, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.
Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Dexter Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.
Peranti 'miCoach' yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.
Dexter Sports
Sunday, 26 February 2012
Apa itu Dexter?
Salam, antara yang menjadi bualan ramai ketika nama Dexter disebut ialah kartun ini. Sebenarnya nama Dexter bukanlah tiruan dari mana-mana jenis kartun. Tetapi ianya adalah berasal dari sebuah kamus yang bermaksud kebangsawanan. Jadi kami mengambilnya kerana beranggapan ianya agak "cool" dan menamakan nama syarikat kami sebagai Dexter Sendirian Berhad.. Itulah antara sedikit coretan pada entry kali ini. ^.^
Subscribe to:
Comments (Atom)

